Pages



KEMAHIRAN MENEMUDUGA DALAM PSIKOLOGI


Pengenalan


1.1 Definisi Kaunseling

Kaunseling adalah satu perkataan yang boleh menceritakan berbagai-bagai aktiviti. Lazimnya, orang mengetahui bahawa kauseling merupakan satu perkhidmatan professional yang dilakukan oleh kaunselor berkebolehan dalam bidang kaunseling. Tetapi, sesetengah golongan menganggap kaunseling sebagai perbualan secara kebetulan. Sebaliknya, apa yang berlaku ialah suatu temu bual bagi membetulkan dan menyesuaikan diri seseorang yang berkehendakkan pertolongan. Oleh itu, kita dapat katakan bahawa kaunseling merupakan satu proses mempercepatkan kematangan seseorang. Pada tahun 1960, Council of Chief State School Officers pula mendefinisikan tugas dan fungsi bimbingan dan kaunseling ini sebagai program yang berfungsi seperti berikut:

  1. Membantu kanak-kanak sekolah menilai dan memahami kemampuan, kegemaran, minat dan kehendak kehendak pendidikan mereka.
  2. Meningkatkan pemahaman mereka terhadap peluang - peluang pendidkan, kerjaya serta syarat-syaratnya.
  3. Membantu mereka menggunakan peluang tersebut sebaik mungkin selaras dengan matlamat hidup mereka dan pencapaiannya sekali.
  4. Membantu mereka mencapai kepuasan dalam penyesuaian peribadi- sosial.

Sementara itu, pada tahun 1966 pula, Ohio School Counselors Association memberikan definisi bahawa bimbingan adalah suatu perkhidmatan yang diberikan kepada pelajar untuk membantu mereka dalam memahami kegemaran, sikap, serta kemahiran-kemahiran, mengetahui peluang dalam kerjaya dan vokasional. Carl Rogers, di dalam bukunya, Counseling and Psychotherapy (1942) mengatakan kaunseling adalah suatu perkhidmatan member pertolongan. Konsep ini bergabung dengan unsur-unsur psikologi dan kerja-kerja kebajikan masyrakat di samping hubungannya dengan bidang pendidikan. Good (1945) pula menganggap kaunseling ialah satu bantuan dan pertolongan terhadap individu dan peribadinya berkaitan hal-hal pelajaran dan pendidikan, masalah vokasional dan kerjaya.


2.2 Definisi Kaunselor

Dalam perkhimatan menolong begini, apa yang penting adalah jalinan hubungan, iaitu antara kaunselor dengan kelayan. Hubungan perlu dijalin dengan erat dan mesra agar satu jambatan perasaan bersama dapat dihubungkan demi melahirkan apa yang dikataka oleh Shertzer dan Stone (1974) iaitu proses jalinan interaksi yang bermakna dan memberi akan menghasilkan pemahaman tentang diri sendiri, dan keadaan sekelilingnya, serta membolehkan kelayan yang ditolongnya itu mengenal pasti matlamat dan nilai hidupnya.

Dalam kemajuan dunia moden, peranan seorang kaunselor semakin bertambah dan mencabar. kaunselor bukan sahaja orang yang dapat membantu kalayannya dalam semua jenis keadaan bagi mengenal diri sendiri, tetapi juga haruslah menjadi seorang yang membekalkan maklumat tentang pendidikan dan pembelajaran sehingga orang yang dibantunya dapat membuat pemilihan dan mengambil keputusan secara terbuka.

Strupp (1973) mengatakan bahawa pengalaman dan orentasi teoritikal seorang kaunselor dapat mempengaruhi tanggapan yang akan diambilnya bagi menjalankan kaunseling dan apa yang diharapkan dapat dicapai oleh kelayan kelak dalam sesi kaunseling itu.

Seseorang kaunselor yang baik mestilah boleh berfikir dan memberikan sebab-musabab secara sistematik. Dia juga mestilah berkebolehan merumuskan sesuatu keputusan berdasarkan gabungan keterangan yang diterimanya serta mengikut matlamat dan tujuan asal system tolong-bantu itu. Oleh yang demikian, dia haruslah dapat menguasai perbezaan-perbazaan system social kelayannya dan dapat pula mewujudkan pelbagai pengaruh kepada dirinya untuk memahami masalah kelayannya. Dia juga seharusnyay dapat memahami gaya dan tindakan yang bakal diambilnya. Sebagaimana yang kita ketahui, masalah yang dihadapi oleh kelayan selalunya dipengaruhi oleh pelbagai-bagai faktor yang kompleks. Ia harus dilihat sebagai salah satu daripada kewajipan. Kaunselor juga mestilah berkemampuan untuk menolong.

Jadi, dapatlah dikatakan walaupun kita tahu bahawa kemahiran dan kepakaran dalam ilmu bidang kaunseling itu amat diperlukan, namun langkah-langkah yang diterangkan tadi merupakan pekara-pekara yang seharusnya diperhatikan oleh setiap kaunselor.


1.3 Kemahiran Kaunseling (Mendengar)

Apabila ada seseorang bercakap dengan kita, maha tidak mahu kita terpaksa mendengarnya sekalipun kita tidak suka berbuat begitu, sekurang-kurangnya untuk mengambil hati orang yang sedang memberitahu sesuatu pada kita. Dalam keadaan begini, lazimnya kita mendengar secara sambil lewa sahaja, kita tidak cuba memahami, memastikan atau memikirkan intipati percakapanya itu.

Dalam hubungan menolong jarang berlaku kesilapan-kesilapan mendengar ini kerana, seseorang kaunselor yang baik laztmnya mendengar dengan teliti disamping menumpukan sepenuh perhatian kepada apa juga yang diunjurkan oleh penunturnya itu, sehinggakan kaunselor lebih banyak meluahkan masanya mendengar daripada menyamput atupun berkata-kata. Sebaliknya, jika kaunselor itu kurang faham atau kurang jalas, dia akan berterusan menyoal orang yang berkata itu sehinggakan kaunselor itu benar-benar cukup faham dan mengerti apa yang disebutkan oleh si penuturnya.

Dalam kaedah mendengar ini ada tiga kompenen pemerhatian yang perlu diambil kira dan dipandang berat oleh seseorang kaunselor. Pertama, interpretasi yang mengarah kepada pemahaman seluruh kata-kata itu. Kedua, penilaian terhapad semua maklumat yang didengarinya serta membuat keputusan bagaimana hendak menggunakannya. Manakala yang ketiga, bertindak balas berdasarkan kepada apa yang didengar, difahami dan ditimbang-terimanya.

Mendengar dengan aktif itu adalah aspek asas untuk membentuk hubungan seterusnya. Hubungan itu, tidak dapat diteruskan dengan berkesan sekirannya kaunselor gagal atau tidak dapat mengar dan memahami kelayannya dengan baik. Justeru itu, kaunselor haruslah memahami dan mendengar dengan teliti sebelum membuat tanggapan yang muktamat kepada maklumat yang diteriman daripada kelayannya itu.

Kaunselor, dalam masa mendengar kalayannya bercakap, haruslah juga mampu memahami keadaan pada waktu itu, misalnya yang menimbulkan suatu situasi lain ( Carksuff, 1973 ). Justeru itu, pergunakanlah suasana sepi sejenak itu sebagai menggalakkan kelayan menyambung interaksinya, di samping memberikan masa luang untuk dia masuk semula ataupun keluar daripada perasaannya yang sebenar. Keadaan begini memang amat sukar mahu diterangkan oleh kelayan kepada kaunselor dengan serta merta.

Oleh itu, semasa mendengar yang perlu dipastikan oleh kuanselor ialah isi-isi penting perbualan kelayan sahaja. Selain itu, meneliti garak-geri kelayan semasa berucap akan memberikan pemahaman yang lebih jelas. Kadang-kadang melalui gerak-geri itu kaunselor dapat mentafsirkan makna peranan kelayannya. Kauseloral sering memnuat tanggapan atau hipotesis daripada sebutan-sebutan kalayannya. Oleh yang demikian, gerak-geri tadi dapat memastikan tanggapan dan hipotesisnya itu benar dan tepat.

Kesimpulannya, adalah mustahak bagi kaunselor itu sedar tentang persamaanya ataupun perpezaan diantara yang dikatakan oleh kelayannya dengan perkara yang diucapkan. Kadang-kadaang pertentangan ini menunjukkan perbezaan antara apa yang dikatakan dengan apa yang dihajatkan oleh orang lain.

Pertentangan antara pemikiran, perasaan dengan tindakan patut dikaji lebih terperinci. Kesedaran kaunselor tentang hubungan ini memberi asas kepada usaha untuk menyoal kelayannya dengan sistematik serta dapat menunujukkan jalan pembetulan kepada kelayannya.

2.0 Aplikasi prosedur dalam proses temubual

2.1 Memparafrasa

Membuat parafasa ini digunakan juga sebagai mendapatkan maklum balas penjelasan dan kepastian. Lazimnya, cara begini dilakukan oleh seseorang dengan mengubah ayat-ayat atau keterangan kelayan kepada beberapa frasa-frasa yang pendek-pendek dan mudah. Seperti yang disebut tadi, tujuan utama melakukannya ialah bagi menyatakan semula mesej asas kelayan itu. Walaupun maksud mesejnya sama, tetapi ia digubahkan semula dalam frasa-frasa yang paling ringkas, padat dan mudah mengikut pengalaman kaunselor sendiri. Dengan membuatkan parafrasa itu, kelayan mudah memahami semula apa yang diperkatakan tadi.

Dengan melakukan parafrasa ini, kaunselor boleh menguji tahap kefahamannya tentang perkara yang telah didengarnya perceritaan dan luahan rasa kelayannya itu, mungkin dia melamun atau memikrikan sesuatru yang lain. Justeru itu, dia hilang atau tersisih daripada landasan perceritaan sebenarnya kelayannya. Jadi, dengan membuat pararfasa setidak-tidaknya akan membantu dia untuk kembali ke landasan yang sebenar sebagaiman yang dikehendaki oleh kelayannya. Sekiranya dalam membuat parafrasa itu terdapat pencanggahan tentang maksud yang difahami kaunselor dengan apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh kelayannya, maka bolehlah diperbetulkan segera supaya pengertian yang sama tercapai diantara kedua-dia belah pihak yang bekerjasama itu.

Sebaliknya, jika pengertian kaunselor sama seperti yang dimaksudkan oleh kelayannya, maka parafrasa yang dibuat oleh kaunselor akan diterima oleh kelayan dengan senang hati apabila kelayan diutarakan oleh kaunselor dengan frasa-frasanya, nyatalah kepada bahawa kaunselornya itu cuba membuktikan bahawa dia sentiasa mahu bersama-sama serta sedia mengambil berat tentang permasalahan yang sedang dihadapinya. Dengan itu menambahkan lagi kemesraan dan keyakinan kepada kelayan untuk meneruskan ceritanya. Malah kelayan berasa lebih selesa dan lancar bercerita apabila mengetahui kaunselornya benar-benar faham akan perasaan, pemikiran dan tindakannya.

Selalunya, kaunselor menerima berbagai-bagai penyertaan daripada kelayan dalam bentuk yang sangat rencam dan berkecamuk sehingga kadang-kadang sukar mahu ditangkap maksud sebenarnya. Justeru itu, dengan membuat parafrasa, seorang kaunselor berusaha mengalihkan persepsi kasaryna tentang sesuatu yang didengarnya kepada penyertaan yang lebih ringkas, mudah, dan telas. Ia dilaksanakan sehingga kelayan berasa puas hati terhadap pemaham kaunselornya itu.

Parafrasa boleh juga dilakukan oleh kaunselor untuk membantu kelayan yang tiba-tiba sahaja terputus atau hilang mesej asasnya. Sekirannya parafrasanya itu segera diberikan mungkin kelayan melencong atau memesongkan perbualannya pada soal-soal atau perkara lain yang tidak ada kaitan dengan masalah utama dan ini telah menyimpang daripada mesej sebenar. Membuat parafrasa begini lebih merupakan seperti melakukan satu rumusan atau penggulungn daripada sesuatu yanbg telah diceritakan oleh kelayan tadi. Tujuannya ialah mengingatkan semula kalayan diman sepatutnya dia menyambung idea dalam mesejnya.

Kaunselor yang keliru, kurang mahir, dan tiidak mendengar dengan teliti, mudah sahaja membuat salah di dalam pentafsiran dan parafrasanya. Apabila melakukan parafrasa yang salah, ia boleh mencetuskan kemarahan kelayannya terutamanya kelayan yang terlampau emosional. Ia mungkin menganggap kaunselornya sengaja mempermain-mainkan pengaduannya malah ia merasakan seperti kaunselornya itu langsung tidak bertanggungjawab dalam tugasnya mendengar dan memahami apatah lagi memberikan respon yang betul dan tepat.

Jadi, membuat penjelasan dan parafrasa amat baik di dalam sesuatu proses kaunseling. Kaunselor memang digalakkan melakukannya dari semasa ke semasa sepanjang temu bualnya dengan kelayan. Ini kerana, membuat penjelasan dan parafrasa itu mempunyai banyak kandungan kognitifnya, sekalipun ia merupakan sebahagian penting daripada mesej kelayannya. Namun begitu, menggunakan parafrasa yang dibuat-buat akan membuatkan kelayan berasa situasi itu tidak selesa. Justeru itu, tidak wujud rasa ambil berat dan bertanggungjawab yang serius daripada pihak kaunselor. Dengan ini membuatkan kelayan kecewa dengan sikap kaunselornya itu.

Kelayan yang begini akan terus menembunyikan serta cuba melindung perasaan, pemikiran serta tindakannya untuk diminta persetujuan terhadap penjelasan mahupun parefrasa yang dijuntukkan oleh kaunselornya, dia seperti merasakan serik terhadap kekecewaannya itu. Sebaliknya, kelayan sangat menyukai kaunselor yamg membuat penjelasan serta parafrasa terhapad pendedahannya dengan cekap dan menyakinkan sehingga dia merasakan benar-benar penjelasan dan parafrasa yang dibuat oleh kaunselornya itu berguna dan bermanfaat sekali.

Contoh 1 :

KL 3 : buat kerja? Bahagian apa?

(parafrasa bagi kenyataan kelayan diberikan oleh kelayan) untuk mencari atau mengenali status pekerjaan yang dijalankan. Hal ini kerana kaunselor telah menanyakan bentuk soalan iaitu : KL 2 : Alhamdulillah. Petang tadi (nama kelayan)…apa yang…(nama kelayan) lakukan?

KN 3 : bahagian “construction”

(respon kelayan ringkas sahaja) iaitu kelayan memberitahu bahawa pekerjaannya adalah sebagai construction iaitu kerja-kerja di tempat pembinaan.

Contoh 2 :

KL 30 : Apa yang kita nak semua ada ya.

(Kaunselor cuba memparafrasa kenyataan kelayan dalam bahasa yang mudah kelayan faham)

KN 30 : Saya pun tidak tahulah encik macam mana pun…saya rasa….

(respon kelayan agak mengecewakan seakan ada unsur penafian dan penolakan dalam diri kelayan untuk menceritakan perkara yang dialaminya)

2.2 Soalan Terbuka

Soalan terbuka merupakan soalan yang berbentuk meminta dan memberi peluang kelayan menerokai dan membincangkan dengan kaunselor segala yang dialami dan dirasakannya. Soalan terbuka tidak memberi peluang kelayan menjawap sepatah atau dua patah perkataan sahaja. Oleh kerana soalan terbuka ini mencabar dan mendorong kelayan menerangkan lebih lanjut dan lebih banyak lagi, maka kelayan akan terus menceritakan segala perasaan, pemikiran dan tindakannya kepada kaunselor. Kelayan berasa bebas becerita atau menerangkannya. Selain itu, kelayan berpeluang bercakap lebih banyak daripada kaunselor sendiri dan tanpa disedarinya, kelayan menceritakan fikiran, perasaan, tanggapan, malah tindakan yang bakal diambilnya. Semua itu boleh dilihat daripada bermacam-macam tanda melalui tingkah laku tanpa lisan kelayan, yang sekaligus membantu pernyataan dan perasaannya.

Tambahan pula, soalan terbuka juga berguna dalam membantu kelayan membuat tindakbalas dengan lebih tepat sebagaimana yang disoal oleh kaunselornya. Soalan terbuka begini juga dikatakan amat berguna apabila kelayan bercerita dengan bebas tentang hal-hal peribadinya serta dia akan memberikan maklumat-maklumat yang lebih konkrit lagi.

Contoh 1 :

KL11 : Skit-sikit. Okey, taka pa (nama kelayan). Hmm… sekarang ini merupakan perjumpaan kita yang kali pertama kalau dalam kaunseling individu. Walau apa pun, dimana sebelum ini kita sebenarnya sudah berjumpa dalam kaunseling kelompok, ya? Jadi sebelum itu saya nak…suka jugalah kalau saya nak ingatkan (nama kelayan) kalau (nama kelayan) tahu….emm…adakah (nama kelayan) faham sedikit sebayak tentang kaunseling sebelam ini?

(kaunselor ingin mendapatkan pendapat kelayan berhubungan dengan kefahaman kelayan tentang kaunseling, agar kelayan tidak berasa tertekan dalam sesi ini). Soalan terbuka wujud dalam sesi kaunseling ini iaitu perkatan yang ditebalkan.

KN11 : kaunseling?

(kelayan seolah-olah berfikir…)

2.3 Soalan Tertutup

Soalan-soalan tertutup dibuat untuk soalan yang khas atau tertentu sahaja. Ia cukup sekadar dijawab dengan gerak balas yang ringkas, tepat dan padat. Kadang-kadang “ya” dan “tidak” sudah lebih daripada memadai. Memanglah soalan tertutup ini mudah untuk ditanya, kerana kaunselor mahukan respon yang konkrit dan padu.

Contoh 1 :

KL 7: kenyang juga. Minun petang macan mana?

(kaunselor menyoal lagi, merasa oleh kelayan tidak berminat dengan sesi ini)

KN7 : minum petang? Emm….baru ni, bubur kacang.


g.(respon kelayan, ringkas sahaja)

Contoh 3 :

KL8 : Oh! Bubur kacang. Sempat jugalah makan?

(kaunselor masih menunjukkan minat untuk meneruskan sesi dengan bertanya lebih lanjuk kepada kelayan)

KN8 : ya.

(respon pendak daripada kelayan)

Contoh 4 :

KL9 : (nama kelayan) rasa selesa dengan bilik ini?

(kaunselor cuba meminta pandangan daripada kelayan)

KN9 : selesa.

(respon pendek daripada kelayan)

2.4 Refleksi

Pendekatan kaunseling mengikut teori pemusatan perorangan mementingkan perhubungan kefahaman yang rapat antara kaunselor dengan kelayannya. Kemahiran refleksi berkehendakkan seorang kaunselor mengulangi idea serta perasaan kelayan dengan menggunakan perkataan yang bersesuaian serta sepadan dengan maksud menurut pandangan kelayan. Kemahiran refleksi boleh melibatkan refleksi perasaan ataupun refleksi isi kandungan. Namun kedua-dua kemahiran ini memerlukan usaha awal bagi memastikan bahawa perasaan empati oleh kaunselor terhadap kelayannya telah mengambil tempat yang penting. Apabila perasaan empati telah disemat dalam perasaan kaunselor, maka refleksi perasaan yang dilakukan tepat dan sepadan.

Contoh 1 :

KN15 : Takut salah cakap

(respon kelayan seolah-olah negatif, kebarangkalian kelayan tidak banyak bercakap)

KL 16 : Ah…takut salah cakap. Tak apa, nak cakap, cakaplah. Okey, dan mungkin pada perjumpaan kita. Ini, mungkin ada lagi orang lain yang akan turut sama, maksudnya. Pensyarah Lapangan yang akan cuba menilai perjalanan sesi kaunseling yang saya jalankan bersama dengan (nama kelayan). Jadi , kalau sekiranya waktu itu (nama kelayan) merupakan kelayan saya , (nama kelayan) kena lakukan seperti biasa. Ya (nama kelayan). Okey, ada apa-apa yang (nama kelayan) tidak faham tentang peraturan kaunseling individu?

(kaunselor cuba menrefleksi perasaan kelayan berhubung dengan perasaan takut disamping menjelaskan lagi tentang perjalanan sesi kaunseling)

Dalam keadaan tersebut, kaunselor telah dapat merasai perasaan sebenar seperti yang dirasai dan dialami oleh kelayan. Di samping itu, kaunselor juga telah Berjaya memaklumkan kepada kelayannya bahawa apa yang sedang dialami oleh kelayan memang dijiwai oleh kaunselor. Ini penting bagi melahirkan rasa selamat dan ambil peduli daripada persepsi kelayan sendiri terhadap proses interaksi kaunseling tersebut.

Refleksi tidak terhad kepada perasaan sahaja.Refleksi isi kandung memberi petanda kepada klien bahawa keadaan empati yang rapat sedang dilalui dalam perbualan antara dirinya dengan kaunselor.Bagi seorang kaunselor pula, parafrasa sahaja tidak mencukupi bagi memastikan kefahaman yang jitu. Keupayaannya membuat refleksi isi kandungan kesimpulan perbualan yang berlangsung dapat memastikan persepsi yang jitu terhadap luahan kelayan.

Contoh 1:

KL 24 : Ya, kalau dapat (nama kelayan) nak bincangkan kepada saya tentang sejarah hidup yang lampau-lampau kah atau pun sejarah hidup yang (nama kelayan) terlibat dengan dadah.

(kaunselor membuat refleksi berhubung dengan kenyataan kelayan)


KN 24 : Tapi saya pun tidak saya tahu macam mana…….apa? dari mana?. Mula dari mana. Sayatidak tahu mahu cerita dari mana.

(respon kelayan menunjukkan kelayan tidak tahu apa yang harus dilakukannya, atau pun kelayan tidak faham apa yang kaunselor maksudkan)

Refleksi isi kandung berkehendakkan seorang kaunselor itu memahami apakah maksud di sebalik luahan isi kandungan kelayan.Seorang kaunselor wajar dapat mencakupi maksud yang tersembunyi sepadan dengan perasaannya sekali.Kata-kata,nada serta rentak suara yang diluahkan oleh kelayan menjadi panduan kepada kaunselor untuk menentukan ketepatan refleksi isi kandungan yang akan disampaikan kepada kelayan.Usaha ini lebih rumit jika dibandingkan dengan refleksi perasaan.

Apabila refleksi isi kandungan dapat disampaikan secara jitu,sekali gus kaunselor dapat menyelami ke satu tahap lapisan kefahaman mendalami kelayan.Sehubungan ini juga bersamaan dengan kejituan parafrasa ketulenan diri,maka seorang kaunselor itu telah megalirkan haluannya kearah kewujudan empeti terhadap kelayan. Bagaimana pun,kaunselor wajar menggunakan refleksi secara berhati-hati tentang kesesuaian masanya,di samping memastikan kenyataan yang melibatkan perasaan itu tidak terlalu cetek atau mendalam sekiranya disbandingkan dengan pengalaman kelayan sendiri.

2.5 Merumus dan Menggulung

Rumusan dan penggulungan sebenarnya merupakan dua kaedah yang hampir sama walaupun ada perbezaannya. Kaedah merumus dan menggulung ini sama dengan kaedah memparafrasa atau membuat penjelasan. Dalam kaedah merumus dan menggulung, iazimnya seseorang itu akan menceritakan semula apa yang didengarnya mengikut ayat-ayat dan pemahaman serta pengalamannya sendiri.

Kalau parafrasa dibuat dengan rangkai-rangkai kata pendek dan ringkas, tetapi merumus dan menggulung tidak begitu caranya. Ia mungkin menggunakan penceritaan semula yang panjang lebar bagi menentukan apa jua yang ditanggap dan didengarnya itu tidak ketinggalan satu pun. Cuma ia diujarkan mengikut gaya penceritannya sendiri dan tidak sebagaimana orang pertama menceritakannya dahulu. Membuat rumusan dan penggulunggan merupakan satu cara mengenal pasti dan memberikan semula inti pati komunikasi yang dibuat oleh kelayan dalam bentuk maklum balas.

Dengan menggunakan teknik yang sesuai, seseorang kaunselor boleh mendapat maklumat tentang tingkah laku kelayannya. Segala maklumat itu boleh membantu kelayan dalam usaha menyelesaikan masalah mereka sekaligus mencapai matlamat peribadinya. Langkah pertama dalam proses ini ialah mengenal pasti masalah itu terlebih dahulu, kemudian menentukan perkara-perkara yang perlu dibincangkan. Ini adalah asas dalam proses menyelesaikan masalah.

Kaunselor tidak mahu kehilangan semasa menjalankan proses kaunseling. Adalah penting kaunselor sentiasa memantau gerak haluan dan isi kandungan yang sudah diperbualkan semasa proses kaunseling berlangsung. Keadaan ini penting agar kaunselor tidak menyeleweng daripada idea dan perasaan yang dicurahkan oleh kelayan. Sehubungan ini, adalah baik jika pada masa yang tertentu, kaunselor dapat membuat rumusan tentang perbualan yang telah berlangsung. Kaunselor bolehlah berpandukan kepada aspek berikut:

1. Pastikan tema yang kerap timbul dan diluahkan oleh kelayan.

2. Fokus secara prihatin nada emosi kelayan dan juga kaunselor.

3. Ingat kepada sempadan topic yang dibincang dan elak daripada menokok tambah pandangan.

4. Pastikan bahawa perbualan sedang menunjuk kearah objektif yang dipersetujui.

5. Buat rumusan kecil anggaran setiap 10-12 minit dalam aliran berbualan.

6. Rumusan kecil akan memastikan kaunselor tidak memesong kepada topik yang lain.

7. Buat rumusan secara keseluruhan pada akhir tahap proses kaunseling.

Contoh :

KL 41 : Apa yang saya terangkan tadi tentang peraturan kaunseling individu?Yang salah satu daripada yang (nama kelayan) faham. Saya ada maksudkan bahawa sesi kita ini akan memakan masa lebih kurang setengah jam, paling lama 1 jam dan apa-apa yang kita bincangkan adalah? Apa dia? Ya, kalau (nama kelayan) nak berfikir. Tadi (nama kelayan), bahawa apa-apa sahaj yang kita nak bincangkan adalah menjadi rahsia. Jadi, sebab itu (nama kelayan) kena lihat disana “KERAHSIAAN”. Jadi sebab itu, kalau (nam kelayan) nak berkongsi dengan saya, maka antara kita saja yang tahu, permasalahan yang kita nak bincangkan kecuali Tuhan yang mengetahui segala-galanya. Tetapi yang saya cakap bahawa, kalau yang melibatkan apa-apa pun ancaman pada diri sendiri dan juga orang lain, itu akan menjadi rahsia, okey? Jadi, walau apa pun, (nama kelayan) masih lagi belum bersedia, jadi saya rasakan, kita tanatkan juga disini dan kita akan….mungkin saya berjumpa dengan (nama kelayan) pada hari Rabuminggu hadapan. 5 haribulan.

(kaunselor cuba memberi penerangan dengan bahasa yang mudah kelayan fahami, dan kaunselor berasa tidak puas hati terhadap kelayan yang cuba menunjukkan tidak faham, kerana tidak dapat memahani apa yang ingin dimaksudkan oleh kaunselor) dalam hal ini, kaunselor membuat kesimpulan yang ringkas dari permulaan penceritaan sehingga akhir sesi kaunseling ini. Namun reaksi kelayan adalah tidak memuaskan hati kaunselor, kemungkinan kelayan segan menceritakan kehidupannya yang lebih lanjut kerana pertama kali membuat sesi kaunseling.

3.0 Penutup

Pelbagai kaedah yang dapat digunakan dalam membantu kelayan yang mengalami masalah diri yang tidak dapat diselesaikan. Sebagai kaunselor ataupun “helper” , kita mestilah melayan semua kelayan apabila mereka memerlukan khidmat kita. Hal ini kerana, membantu manusia adalah tugas yang paling mulia di sisi-Nya. Selain itu, kaunselor juga mestilah mengikuti peraturan dalam menjalankan sesi kaunseling supaya kaunselor tidak akan memesong dari tujuan utama kaunselor iaitu menyelasaikan masalah kelayan. Di dalam teknik kemahiran mendengar, kaunselor mestilah berada dalam bersedia dan peka. Hal ini demikian kerana, dalam kemahiran ini terdapatr beberapa teknik asas dalam sesi kaunseling, antaranya teknik memparafrasa iaitu teknik untuk mendapatkan maklum balas penjelasan dan kepastian. Manakala, bentuk soalan juga terdapat dalam sesi kaunseling ini iaitu bentuk soalan terbuka dan bentuk soalan tertutup. Selain itu, teknik refleksi juga ada dalam sesi kaunseling ini iaitu mengulangi idea serta perasaan kelayan dengan menggunakan perkataan yang bersesuaian serta sepadan dengan maksud menurut pandangan kelayan. Teknik yang terakhir ialah teknik menggulung dan merumus iaitu merupakan teknik yang akan merumus segala yang dibualkan sepanjang sesi kaunseling itu berlangsung. Kesim pulannya, dalam sesi kaunseling ini terdapat pelbagai kaedah atau cara yang boleh digunakan selagi berpandukan peraturan-peraturan seorang kaunseling atau “helper” agar kelayan yang menjalakan sesi kaunseling bersama kita akan dapat menyelesaikan masalah mereka dengan baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.