Pages



Tips Mendidik Anak-Anak...

senyuman anak-anak terpanjar di wajahnya



“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH adapahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba- Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : “Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?”
Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.”
Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”
-(Maksud Al-Hadith )

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kurang berdoa Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah:
• Saidul (penghulu) Istighfar,
• Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9),
• Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
• Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

2. Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah:
• Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128),
• Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
• Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya

3. Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
• Menakutkan anak-anak dengan sekolah
•Menakutkan dengan tempat gelap
• Menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
• Menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

4. Tidak tegas dalam mendidik anak-anakTidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak dan terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka. Menegur anak secara negatifMengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).

5. Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak. Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.
Berkata Aqra’ :
“Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.”Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata :
“Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan bersama, solat berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.


Allahhu'alam... salam

Jadilah golongan yang ikhlas kerana Allah


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Pada akhir zaman, umatku berpecah menjadi tiga golongan.

Pertama : Satu golongan menyembah Allah dengan ikhlas.
Kedua : Satu golongan menyembah Allah dengan riak.
Ketiga : Satu golongan beribadat kepada Allah dengan tujuan mencari makan dari manusia.

Manakala Allah mengumpulkan mereka di hari kiamat,

Allah bertanya kepada orang yang hanya mencari makan, “ Apakah tujuanmu beribadat kepadaKu?”
Maka dia menjawab. “Dengan kemuliaan dan ketinggianMu aku beribadat dengan tujuan mencari makan dari manusia.”
Allah berfirman, “Tiada memberi manfaat apa yang telah dikumpulkan.” Dia lalu dibawa ke Neraka.
Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat kerana riak. “Dengan kemulian dan ketinggianKu, apakah tujuanmu beribadat kepadaKu?”
Dia menjawab, “Dengan kemulian dan ketinggianMu, aku beribadat kerana riak.”
Allah berfirman, “Tiada satupun yang sampai kepadaku.” Maka orang itu dicampakkan ke dalam Neraka.
Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat dengan ikhlas.
Dia menjawab, “Dengan kemuliaan dan ketinggianMu, Engkau lebih tahu apa yang aku kehendaki. Aku menghendaki zikir kepadaMu dan mengharap redhaMu.”
Allah berfirman, “Benar hambaku.” Dia pun dihantar ke Syurga."
(Hadis Riwayat Thabrani)

Sahabat yang dimuliakan,
Berdasarkan hadis di atas, pada akhir zaman umat Islam akan terbagi kepada tiga golongan, satu golongan akan masuk Syurga dan dua golongan lagi akan masuk Neraka.

Siapakah golongan ahli Syurga dan siapakah golongan ahli Neraka?

Pertama golongan yang ikhlas beribadah semata-mata kerana Allah adalah golongan ahli Syurga :

Ikhlas selalunya lahir dari hati yang luhur dan mengharapkan redha Allah s.w.t. semata-mata. Inilah akan menjadi kunci kesempurnaan dan kejayaan segala amal. Allah s.w.t. akan menerima perbuatan atau amal yang dilakukan dengan ikhlas.

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu wahai Muhammad dengan membawa kebenaran,oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya" Az-Zumar:2

Terdapat lima tanda-tanda amalan seseorang itu ikhlas kepada Allah :

1. Takut mendapat kemasyhuran dan pujian daripada masyarakat terhadap amalan-amalannya.
2. Merasai tak cukup dan tak puas menunaikan hak-hak Allah yang diamanahkan kepadanya.
3. Tidak menceritakan pada orang lain amalan-amalan soleh yang dia kerjakan, kerana amalan- amalan itu adalah rahsia dia dengan Allah s.w.t.
4. Dia tak perlukan pujian dan tak mengharapkan pujian orang lain, dia merasakan pujian itu lebih baik diberikan kepada orang lain yang berhak mendapatkannya.
5. Keadaannya sama saja samada dia menjadi ketua atau orang bawahan. Tidak ada perasaan bermegah-megah dengan jawatan yang dimilikinya. Apa yang dilakukan semata-mata mencari redha Allah.

Cara-cara membentuk hati yang ikhlas;

1-Taat kepada Allah yang menyuruh hamba-hamba-Nya melakukan amal dengan ikhlas.
2-Yakin kepada Allah yang menjanjikan balasan baik kepada orang yang ikhlas.
3-Hanya berharap kurniaan Allah dan keredhaan-Nya
4-Tidak terpengaruh dengan kesenangan atau kemewahan dunia
5-Melakukan amal dengan cara yang betul dan bersungguh-sungguh
6-Sabar dan bijak menghadapi ujian kesusahan dan gangguan
7-Menjauhi perkara2 maksiat penyelewengan,rasuah dan penipu
8-Banyak berzikir, berdoa dan bertawakal kepada Allah.

Kedua golongan menyembah Allah dengan riak adalah golongan ahli Neraka :

Riak ialah penyakit hati yang paling ditakuti Rasulullah s.a.w. menimpa umatnya kerana ia boleh berlaku dalam pelbagai keadaan, hatta ketika menunaikan solat yang sepatutnya dilakukan dengan ikhlas.

Kerisauan itu dinyatakan Rasulullah s.a.w. dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah syirik kecil. Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Riak ialah memperlihat atau menyempurnakan ibadat dengan tujuan mendapat pujian serta perhatian orang lain seperti solat dan puasa.

Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal?" Kami katakan: "Tentu". Baginda bersabda maksudnya : "Syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya kerana melihat seseorang memandangnya."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Riak dianggap Rasulullah s.a.w. sebagai amalan syirik kecil kerana bagi seseorang yang sudah dihinggapi sifat ini ibadahnya tidak lagi ikhlas untuk mendapat keredaan Allah, sebaliknya menempatkan insan lain sebagai tandingan bagi Allah kerana amalnya bertujuan menarik perhatian insan itu.

Justeru, riak bukan sekadar boleh menyebabkan seorang terjebak dalam dosa, ia sebenarnya boleh menyebabkan amalan tidak diterima Allah. Imam Ibnu Taymiyyah berkata: "Sesungguhnya bagi seseorang yang bersikap riak dalam ibadah, bukan saja ibadahnya batal, malah dia turut mendapatkan dosa daripada perbuatannya itu yang dianggap syirik kecil."

Ketiga golongan beribadat kepada Allah dengan tujuan mencari makan dari manusia adalah golongan ahli Neraka :

Golongan ketiga ini adalah golongan yang mencari kepentingan duniawi dan harta dunia. Jika sesuatu amalan itu tidak memperolehi habuan dunia atau kepentingan peribadi maka golongan ini tak akan melakukannya.

Seseorang yang memenuhi poket dengan gaji yang besar tetapi menyembunyikan atau mendiamkan diri dari menegakkan kebenaran sedangkan dia mampu, itu adalah dosa yang amat besar. Allah menyifatkan habuan dunia yang diperolehi itu sekadar memenuhi perut dengan neraka. Firman Allah maksudnya :
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab yang perit”.
(Surah al-Baqarah: ayat 174).

Nabi s.a.w bersabda:“Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang sepatutnya dicari keredhaan Allah Azza wa Jalla dengannya, tetapi dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.
(Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah).

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita tingkatkan ilmu dan amal kita. Laksanakanlah semua amal soleh, amal ibadah dan kerja-kerja kebajikan semata-mata ikhlas kerana Allah s.w.t. bukan mencari pujian manusia atau habuan dunia dengan kita mendiamkan kebenaran dihadapan mata kita. Golongan yang buat sesuatu amal kerana riak dan kerana harta dunia (untuk mencari makan) maka tempat duduk golongan ini adalah di Neraka, sedangkan golongan yang ikhlas semata-mata kerana Allah akan menduduki tempat duduknya di Syurga seluas langit dan bumi. Wallahualam..

adik nak air..=(

Adik Anas Safian Efa Rizal

KUANTAN: “Adik nak air,” demikian kata Anas Safian Efa Rizal, 3, kanak-kanak malang yang menjadi mangsa amukan ‘ala mafia’ seorang lelaki tidak dikenali dipercayai bermotifkan cemburu di rumah pengasuhnya di Flat Alor Akar, di sini, kelmarin.

Ibu kanak-kanak itu, Suhana Mohamad, 33, memaklumkan Anas berkata demikian sejurus sedar selepas sembilan jam menjalani pembedahan menyambung semula tangan kirinya yang cedera parah akibat terkena libasan pedang samurai lelaki berkenaan dalam kejadian mengerikan itu.

Katanya, Anas mula sedar kira-kira jam 6 pagi semalam selepas menjalani pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, kira-kira jam 3 petang kelmarin yang berakhir kira-kira sembilan jam kemudian.

“Perkara pertama dia katakan kepada saya yang dia nak air selain memaklumkan yang dia sakit. Dia cakap hendak minum saja tapi tidak mahu makan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Suhana berkata, doktor yang melakukan pembedahan memaklumkan tangan kiri Anas berjaya disambung dan menunjukkan perkembangan baik.

“Kata doktor darah mula mengalir dan ibu jarinya yang hampir terputus berjaya disambung.“Sebelum pembedahan dilakukan, doktor memaklumkan jika ia tidak dapat disambungkan, kemungkinan besar pergelangan tangan kirinya dipotong, namun saya bersyukur semuanya selamat,” katanya yang turut memaklumkan doktor memberi tempoh seminggu untuk mengetahui perkembangan lanjut keadaan itu.

Menurutnya, sehingga kini Anas masih diberi pengawasan lanjut di unit rawatan rapi (ICU) HTAA. Sementara itu, pengasuh Anas, Suziana Hopiah, 24, memaklumkan Metro Ahad, beliau menafikan tuduhan suspek yang mendakwa dia dan suami, Mohd Taufik Abdul Razak, 36, menyembunyikan isteri lelaki berkenaan di rumah mereka .

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan mengatakan adik saya menyorokkan isterinya (suspek) di rumah saya, kami tak pernah sembunyikan sesiapa, apatah lagi isteri orang,” katanya ketika dihubungi, semalam .

Suhana berkata, dia tidak pernah mengenali isteri suspek dan tidak tahu sama ada adiknya mempunyai hubungan dengan wanita itu seperti di dakwa.

“Saya dan suami memang tak kenal wanita itu dan tidak tahu menahu mengenai hal adik saya yang menetap di Rantau Abang, Terengganu,” katanya.Difahamkan, sehingga kini polis masih meneruskan usaha memburu suspek berusia 30an itu.

Sumber: Harian Metro 15/11/2010

Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan?



Golongan Pertama
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak
sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan Kedua
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan Ketiga
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik; ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat,
maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.

Golongan Keempat
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.

Golongan Kelima
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya,tahiyyatnya, tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul
muslimin.

Golongan Keenam
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya,teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba- tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada member kesan apa apa. Allah belum lagi cinta akan orang jenis ini.

Golongan Ketujuh
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehinggapekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar
sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya.Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.

Golongan Kelapan
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam
sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah).

Golongan Kesembilan
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang semakin terasa lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq. Setelah kita nilai keseluruhan sembilan peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman,menjauhkan dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan
mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan tujuh, lapan dan sembilan sahaja. Sembahyangnya ada kualiti,manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai
dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan
ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat atau sembahyang kita.
Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari
Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.
Wallahualam bissawab

Fikirlah>>>????


Rasul Allah (sal Allahu alaihi wa sallam) said: “If ever immorality spreads in a community and there is no sense of shame on its occurrence or mentioning it (and people talk about it as if nothing bad has taken place), diseases which were not present in the time of their predecessors will spread among them.” [Ibn Majah, Al-Bazzar, Al-Bayhaqi]

We
may not be committing indecent acts, yet if we ignore what is happening
around us then we are to blame also. It is our job as the ummah of
Muhammad (sal Allahu alaihi wa sallam) to carry on his message and guide
and warn people. Once Hazrat Jibreel (alaihis salaam) was sent by Allah
(subhana wa ta’ala) to destroy a town. Jibreel (alaihis salaam) asked
if the pious man in the town, who spent his every moment in the
remembrance of Allah, was also meant to be destroyed. Allah (subhana wa
ta’ala) told him to annihilate that ‘pious’ man first, since he did not
bother to guide his people

Setia Seorang Isteri.........(*_*:)


"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika.Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang.Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang.Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur.

Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.Buat Lelaki, tanamkan sifat belas dan kasihan kepada wanita yang lemah.

Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya.Kini, anak-anak kian beranjak remaja dan kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin, lalu pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri.

Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.

Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah."Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah. "Abang Asraf, Qis tak kisah.

Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis. Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah.Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat.

Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak.Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya."Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang.

Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran.
Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda. "Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya.Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu?

Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga.

Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.Buat Wanita, belajarlah untuk setia kepada hanya seorang manusia iaitu suamiTeringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.

Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah."Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis."Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin. "Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham,"

Qistina mengalih pandangannya.Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah, jangan haraplah jika nak membuli aku..

Desis hati kecil Qistina.Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi.

Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra.Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di Masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid dan kemudiannya menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.Namun, lenggok Qistina melalaikannya.

Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji.Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.Tit.. tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat Kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang."Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.
Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

01.Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...

02.Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...

03.Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang... Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah.

Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina.Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

AIR MATA TIDAK SELAMANYA ABADI......(◡‿◡✿)....



Senyum. Bahagia. Tenang.....(。◕‿◕。)....

Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi.

Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu. Pasti, Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali. Namun, tanda perhatian dan kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya. Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian 'anggota' manusia, ketidaksempurnaan pula ada 'nama timangan' mereka.

Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering aku kisahkan cerita ini pada mereka yang dirundum kesedihan. Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah. Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu 'Semangat Yang Hilang' untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.

Rama-rama bagiku cukup simbolik. Ia lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang. Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas. Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi.Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik. Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik.

Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya. Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri. Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu. Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.

Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain. Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut. Rama-rama ini berhasil 'di'keluarkan dengan mudahnya. Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini? Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup. Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang?

Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang. Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata–kata ini sering kita dengar di mana-mana, "setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya".

Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku…..…(◕‿◕✿)…..

Sumber : iluvislam.com

Gara-gara Seekor...........




Disebutkan oleh Al-Qadhi Abu Ali At-Tanukhi, dia mengatakan: Dahulu kala hiduplah seorang lelaki yang terkenal zuhud dan kuat ibadatnya, dialah Labib Al-Abid. Dia datang ke pintu gerbang negeri Syam dari arah barat kota Baghdad, sebuah tempat yang menjadi laluan banyak orang.

Labib kemudian berkata kepadaku: Dahulu aku adalah seorang hamba Rom, milik salah seorang tentara. Dialah yang merawat dan mengajarku cara bermain pedang sehingga aku pun mahir memainkannya sehingga merasa benar-benar perkasa. Demi menjalin persaudaraan dan untuk mengawal hartanya, walaupun aku telah dimerdekakan sepeninggalnya, aku kemudian menikahi isterinya. Aku yakin, Allah SWT. telah mengetahui bahawa apa yang kuperbuat itu tiada lain sekadar untuk menjaganya. Aku tinggal bersamanya beberapa tahun.

Selama hidup berumahtangga dengannya, suatu hari kulihat seekor ular menyelinap dalam bilik kami. Aku lalu memegang ekornya untuk kubunuh, tetapi ular itu justru berbalik menyerangku dan berhasil menggigit tanganku hingga menjadi lumpuh. Setelah tanganku yang satu mengalami kelumpuhan, selang beberapa waktu kemudian tanganku yang lain menyusul lumpuh pula tanpa sebab- sebab yang jelas. Seterusnya kedua kakiku juga lumpuh, mataku menjadi buta dan terakhir aku menjadi bisu. Kemalangan ini kualami selama satu tahun.

Demikianlah keadaanku yang sangat buruk, kecuali hanya telingaku yang masih mampu menangkap segala pembicaraan. Aku tergeletak tiada berdaya: Aku selalu diberi minum saat aku merasa tidak dahaga, sementara itu dibiarkan kehausan saat aku kenyang, dan dibiarkan ketika aku merasa lapar. Setelah berjalan satu tahun, datanglah seorang wanita menjumpai isteriku.

Dia bertanya kepada isteriku, Bagaimana keadaan Abu Ali Labib? Dia tidak hidup dan tidak juga mati, sehingga hal ini membuatku bimbang dan hatiku menjadi sangat sedih, jawab isteriku.

Mendengar hal itu, dalam hatiku lalu mengadu kepada Allah dan berdoa. Dalam keadaan menderita sakit yang seperti ini sedikit pun dalam jiwaku tidak merasakan sesuatu.

Pada suatu hari, aku merasa seakan-akan menerima pukulan sangat keras yang hampir membuatku binasa. Hal itu terus berlangsung hingga tengah malam atau mungkin sudah lewat tengah malam, kemudian sedikit demi sedikit rasa sakitku ini mula hilang, akhirnya aku dapat tidur.

Keesokan hari ketika terjaga dari tidur, kurasakan tangan ini telah berada di atas dada, padahal selama ini tergeletak tidak berdaya di atas tempat tidur kerana mengalami kelumpuhan. Kucuba untuk bergerak dan ternyata berjaya. Melihat hal ini, aku merasa gembira dan yakin bahawa Allah akan memberikan kesembuhan.

Kucuba menggerakkan tanganku yang lain dan ternyata dapat kugerakkan pula. Aku juga mencuba memegang salah satu kakiku dan berhasil memegangnya, dan kukembalikan tanganku pada keadaan semula, hal ini kulakukan pula pada tanganku yang lain. Selepas itu aku ingin mencuba membalikkan tubuhku dan ternyata dapat kubalikkan dan bahkan aku mampu duduk lagi. Kemudian, aku bermaksud untuk berdiri dan ternyata aku juga mampu melakukannya, lalu kucoba lagi turun dari pembaringan, yang selama ini tubuhku terbaring. Tempat tidurku itu berada di sebuah bilik yang ada di rumahku.

Dalam kegelapan aku mencoba untuk mencari pintu bilik dengan meraba-raba dinding bilik, sebab mataku belum dapat melihat dengan terang. Akhirnya aku berhasil mencapai teras rumah dan di sana aku dapat memandang langit dan bintang-bintang yang berkedip. Kerana luapan kegembiraan yang tiada terkira hampir menghentikan detak jantungku, dan segera terlontar dari bibirku rasa syukur kepada-Nya: Wahai Zat Yang Maha Kaya Kebaikan-Nya! Hanya Milik-Mulah segala puji. Setelah itu aku pun berteriak memanggil isteriku dan dia segera datang menemuiku seraya berkata, Abu Ali? Sekarang inilah aku menjadi Abu Ali yang sebenarnya. Dan kini nyalakanlah lampu, kataku kepadanya.

Isteriku segera pula menyalakan lampu, dan kemudian kuperintahkan kepadanya untuk mengambilkan sebuah gunting. Dia pun datang dengan membawa gunting yang kumaksud, dengan gunting itulah kupotong kumisku. Isteriku lalu berkata kepadaku, Apa yang hendak kamu lakukan? Bukankah teman-temanmu telah mencelamu? Selepas ini, aku tidak akan melayani seorang pun kecuali hanya Tuhanku semata-mata, jawabku. Seterusnya kugunakan seluruh waktuku untuk menghadap kepada Allah SWT. dan tekun beribadat. Al-Qadhi Abu Ali meneruskan ceritanya kembali, bahawa Abu Ali Labib Al Abib adalah seorang yang mustajab doanya.

KEMAHIRAN MENEMUDUGA DALAM PSIKOLOGI


Pengenalan


1.1 Definisi Kaunseling

Kaunseling adalah satu perkataan yang boleh menceritakan berbagai-bagai aktiviti. Lazimnya, orang mengetahui bahawa kauseling merupakan satu perkhidmatan professional yang dilakukan oleh kaunselor berkebolehan dalam bidang kaunseling. Tetapi, sesetengah golongan menganggap kaunseling sebagai perbualan secara kebetulan. Sebaliknya, apa yang berlaku ialah suatu temu bual bagi membetulkan dan menyesuaikan diri seseorang yang berkehendakkan pertolongan. Oleh itu, kita dapat katakan bahawa kaunseling merupakan satu proses mempercepatkan kematangan seseorang. Pada tahun 1960, Council of Chief State School Officers pula mendefinisikan tugas dan fungsi bimbingan dan kaunseling ini sebagai program yang berfungsi seperti berikut:

  1. Membantu kanak-kanak sekolah menilai dan memahami kemampuan, kegemaran, minat dan kehendak kehendak pendidikan mereka.
  2. Meningkatkan pemahaman mereka terhadap peluang - peluang pendidkan, kerjaya serta syarat-syaratnya.
  3. Membantu mereka menggunakan peluang tersebut sebaik mungkin selaras dengan matlamat hidup mereka dan pencapaiannya sekali.
  4. Membantu mereka mencapai kepuasan dalam penyesuaian peribadi- sosial.

Sementara itu, pada tahun 1966 pula, Ohio School Counselors Association memberikan definisi bahawa bimbingan adalah suatu perkhidmatan yang diberikan kepada pelajar untuk membantu mereka dalam memahami kegemaran, sikap, serta kemahiran-kemahiran, mengetahui peluang dalam kerjaya dan vokasional. Carl Rogers, di dalam bukunya, Counseling and Psychotherapy (1942) mengatakan kaunseling adalah suatu perkhidmatan member pertolongan. Konsep ini bergabung dengan unsur-unsur psikologi dan kerja-kerja kebajikan masyrakat di samping hubungannya dengan bidang pendidikan. Good (1945) pula menganggap kaunseling ialah satu bantuan dan pertolongan terhadap individu dan peribadinya berkaitan hal-hal pelajaran dan pendidikan, masalah vokasional dan kerjaya.


2.2 Definisi Kaunselor

Dalam perkhimatan menolong begini, apa yang penting adalah jalinan hubungan, iaitu antara kaunselor dengan kelayan. Hubungan perlu dijalin dengan erat dan mesra agar satu jambatan perasaan bersama dapat dihubungkan demi melahirkan apa yang dikataka oleh Shertzer dan Stone (1974) iaitu proses jalinan interaksi yang bermakna dan memberi akan menghasilkan pemahaman tentang diri sendiri, dan keadaan sekelilingnya, serta membolehkan kelayan yang ditolongnya itu mengenal pasti matlamat dan nilai hidupnya.

Dalam kemajuan dunia moden, peranan seorang kaunselor semakin bertambah dan mencabar. kaunselor bukan sahaja orang yang dapat membantu kalayannya dalam semua jenis keadaan bagi mengenal diri sendiri, tetapi juga haruslah menjadi seorang yang membekalkan maklumat tentang pendidikan dan pembelajaran sehingga orang yang dibantunya dapat membuat pemilihan dan mengambil keputusan secara terbuka.

Strupp (1973) mengatakan bahawa pengalaman dan orentasi teoritikal seorang kaunselor dapat mempengaruhi tanggapan yang akan diambilnya bagi menjalankan kaunseling dan apa yang diharapkan dapat dicapai oleh kelayan kelak dalam sesi kaunseling itu.

Seseorang kaunselor yang baik mestilah boleh berfikir dan memberikan sebab-musabab secara sistematik. Dia juga mestilah berkebolehan merumuskan sesuatu keputusan berdasarkan gabungan keterangan yang diterimanya serta mengikut matlamat dan tujuan asal system tolong-bantu itu. Oleh yang demikian, dia haruslah dapat menguasai perbezaan-perbazaan system social kelayannya dan dapat pula mewujudkan pelbagai pengaruh kepada dirinya untuk memahami masalah kelayannya. Dia juga seharusnyay dapat memahami gaya dan tindakan yang bakal diambilnya. Sebagaimana yang kita ketahui, masalah yang dihadapi oleh kelayan selalunya dipengaruhi oleh pelbagai-bagai faktor yang kompleks. Ia harus dilihat sebagai salah satu daripada kewajipan. Kaunselor juga mestilah berkemampuan untuk menolong.

Jadi, dapatlah dikatakan walaupun kita tahu bahawa kemahiran dan kepakaran dalam ilmu bidang kaunseling itu amat diperlukan, namun langkah-langkah yang diterangkan tadi merupakan pekara-pekara yang seharusnya diperhatikan oleh setiap kaunselor.


1.3 Kemahiran Kaunseling (Mendengar)

Apabila ada seseorang bercakap dengan kita, maha tidak mahu kita terpaksa mendengarnya sekalipun kita tidak suka berbuat begitu, sekurang-kurangnya untuk mengambil hati orang yang sedang memberitahu sesuatu pada kita. Dalam keadaan begini, lazimnya kita mendengar secara sambil lewa sahaja, kita tidak cuba memahami, memastikan atau memikirkan intipati percakapanya itu.

Dalam hubungan menolong jarang berlaku kesilapan-kesilapan mendengar ini kerana, seseorang kaunselor yang baik laztmnya mendengar dengan teliti disamping menumpukan sepenuh perhatian kepada apa juga yang diunjurkan oleh penunturnya itu, sehinggakan kaunselor lebih banyak meluahkan masanya mendengar daripada menyamput atupun berkata-kata. Sebaliknya, jika kaunselor itu kurang faham atau kurang jalas, dia akan berterusan menyoal orang yang berkata itu sehinggakan kaunselor itu benar-benar cukup faham dan mengerti apa yang disebutkan oleh si penuturnya.

Dalam kaedah mendengar ini ada tiga kompenen pemerhatian yang perlu diambil kira dan dipandang berat oleh seseorang kaunselor. Pertama, interpretasi yang mengarah kepada pemahaman seluruh kata-kata itu. Kedua, penilaian terhapad semua maklumat yang didengarinya serta membuat keputusan bagaimana hendak menggunakannya. Manakala yang ketiga, bertindak balas berdasarkan kepada apa yang didengar, difahami dan ditimbang-terimanya.

Mendengar dengan aktif itu adalah aspek asas untuk membentuk hubungan seterusnya. Hubungan itu, tidak dapat diteruskan dengan berkesan sekirannya kaunselor gagal atau tidak dapat mengar dan memahami kelayannya dengan baik. Justeru itu, kaunselor haruslah memahami dan mendengar dengan teliti sebelum membuat tanggapan yang muktamat kepada maklumat yang diteriman daripada kelayannya itu.

Kaunselor, dalam masa mendengar kalayannya bercakap, haruslah juga mampu memahami keadaan pada waktu itu, misalnya yang menimbulkan suatu situasi lain ( Carksuff, 1973 ). Justeru itu, pergunakanlah suasana sepi sejenak itu sebagai menggalakkan kelayan menyambung interaksinya, di samping memberikan masa luang untuk dia masuk semula ataupun keluar daripada perasaannya yang sebenar. Keadaan begini memang amat sukar mahu diterangkan oleh kelayan kepada kaunselor dengan serta merta.

Oleh itu, semasa mendengar yang perlu dipastikan oleh kuanselor ialah isi-isi penting perbualan kelayan sahaja. Selain itu, meneliti garak-geri kelayan semasa berucap akan memberikan pemahaman yang lebih jelas. Kadang-kadang melalui gerak-geri itu kaunselor dapat mentafsirkan makna peranan kelayannya. Kauseloral sering memnuat tanggapan atau hipotesis daripada sebutan-sebutan kalayannya. Oleh yang demikian, gerak-geri tadi dapat memastikan tanggapan dan hipotesisnya itu benar dan tepat.

Kesimpulannya, adalah mustahak bagi kaunselor itu sedar tentang persamaanya ataupun perpezaan diantara yang dikatakan oleh kelayannya dengan perkara yang diucapkan. Kadang-kadaang pertentangan ini menunjukkan perbezaan antara apa yang dikatakan dengan apa yang dihajatkan oleh orang lain.

Pertentangan antara pemikiran, perasaan dengan tindakan patut dikaji lebih terperinci. Kesedaran kaunselor tentang hubungan ini memberi asas kepada usaha untuk menyoal kelayannya dengan sistematik serta dapat menunujukkan jalan pembetulan kepada kelayannya.

2.0 Aplikasi prosedur dalam proses temubual

2.1 Memparafrasa

Membuat parafasa ini digunakan juga sebagai mendapatkan maklum balas penjelasan dan kepastian. Lazimnya, cara begini dilakukan oleh seseorang dengan mengubah ayat-ayat atau keterangan kelayan kepada beberapa frasa-frasa yang pendek-pendek dan mudah. Seperti yang disebut tadi, tujuan utama melakukannya ialah bagi menyatakan semula mesej asas kelayan itu. Walaupun maksud mesejnya sama, tetapi ia digubahkan semula dalam frasa-frasa yang paling ringkas, padat dan mudah mengikut pengalaman kaunselor sendiri. Dengan membuatkan parafrasa itu, kelayan mudah memahami semula apa yang diperkatakan tadi.

Dengan melakukan parafrasa ini, kaunselor boleh menguji tahap kefahamannya tentang perkara yang telah didengarnya perceritaan dan luahan rasa kelayannya itu, mungkin dia melamun atau memikrikan sesuatru yang lain. Justeru itu, dia hilang atau tersisih daripada landasan perceritaan sebenarnya kelayannya. Jadi, dengan membuat pararfasa setidak-tidaknya akan membantu dia untuk kembali ke landasan yang sebenar sebagaiman yang dikehendaki oleh kelayannya. Sekiranya dalam membuat parafrasa itu terdapat pencanggahan tentang maksud yang difahami kaunselor dengan apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh kelayannya, maka bolehlah diperbetulkan segera supaya pengertian yang sama tercapai diantara kedua-dia belah pihak yang bekerjasama itu.

Sebaliknya, jika pengertian kaunselor sama seperti yang dimaksudkan oleh kelayannya, maka parafrasa yang dibuat oleh kaunselor akan diterima oleh kelayan dengan senang hati apabila kelayan diutarakan oleh kaunselor dengan frasa-frasanya, nyatalah kepada bahawa kaunselornya itu cuba membuktikan bahawa dia sentiasa mahu bersama-sama serta sedia mengambil berat tentang permasalahan yang sedang dihadapinya. Dengan itu menambahkan lagi kemesraan dan keyakinan kepada kelayan untuk meneruskan ceritanya. Malah kelayan berasa lebih selesa dan lancar bercerita apabila mengetahui kaunselornya benar-benar faham akan perasaan, pemikiran dan tindakannya.

Selalunya, kaunselor menerima berbagai-bagai penyertaan daripada kelayan dalam bentuk yang sangat rencam dan berkecamuk sehingga kadang-kadang sukar mahu ditangkap maksud sebenarnya. Justeru itu, dengan membuat parafrasa, seorang kaunselor berusaha mengalihkan persepsi kasaryna tentang sesuatu yang didengarnya kepada penyertaan yang lebih ringkas, mudah, dan telas. Ia dilaksanakan sehingga kelayan berasa puas hati terhadap pemaham kaunselornya itu.

Parafrasa boleh juga dilakukan oleh kaunselor untuk membantu kelayan yang tiba-tiba sahaja terputus atau hilang mesej asasnya. Sekirannya parafrasanya itu segera diberikan mungkin kelayan melencong atau memesongkan perbualannya pada soal-soal atau perkara lain yang tidak ada kaitan dengan masalah utama dan ini telah menyimpang daripada mesej sebenar. Membuat parafrasa begini lebih merupakan seperti melakukan satu rumusan atau penggulungn daripada sesuatu yanbg telah diceritakan oleh kelayan tadi. Tujuannya ialah mengingatkan semula kalayan diman sepatutnya dia menyambung idea dalam mesejnya.

Kaunselor yang keliru, kurang mahir, dan tiidak mendengar dengan teliti, mudah sahaja membuat salah di dalam pentafsiran dan parafrasanya. Apabila melakukan parafrasa yang salah, ia boleh mencetuskan kemarahan kelayannya terutamanya kelayan yang terlampau emosional. Ia mungkin menganggap kaunselornya sengaja mempermain-mainkan pengaduannya malah ia merasakan seperti kaunselornya itu langsung tidak bertanggungjawab dalam tugasnya mendengar dan memahami apatah lagi memberikan respon yang betul dan tepat.

Jadi, membuat penjelasan dan parafrasa amat baik di dalam sesuatu proses kaunseling. Kaunselor memang digalakkan melakukannya dari semasa ke semasa sepanjang temu bualnya dengan kelayan. Ini kerana, membuat penjelasan dan parafrasa itu mempunyai banyak kandungan kognitifnya, sekalipun ia merupakan sebahagian penting daripada mesej kelayannya. Namun begitu, menggunakan parafrasa yang dibuat-buat akan membuatkan kelayan berasa situasi itu tidak selesa. Justeru itu, tidak wujud rasa ambil berat dan bertanggungjawab yang serius daripada pihak kaunselor. Dengan ini membuatkan kelayan kecewa dengan sikap kaunselornya itu.

Kelayan yang begini akan terus menembunyikan serta cuba melindung perasaan, pemikiran serta tindakannya untuk diminta persetujuan terhadap penjelasan mahupun parefrasa yang dijuntukkan oleh kaunselornya, dia seperti merasakan serik terhadap kekecewaannya itu. Sebaliknya, kelayan sangat menyukai kaunselor yamg membuat penjelasan serta parafrasa terhapad pendedahannya dengan cekap dan menyakinkan sehingga dia merasakan benar-benar penjelasan dan parafrasa yang dibuat oleh kaunselornya itu berguna dan bermanfaat sekali.

Contoh 1 :

KL 3 : buat kerja? Bahagian apa?

(parafrasa bagi kenyataan kelayan diberikan oleh kelayan) untuk mencari atau mengenali status pekerjaan yang dijalankan. Hal ini kerana kaunselor telah menanyakan bentuk soalan iaitu : KL 2 : Alhamdulillah. Petang tadi (nama kelayan)…apa yang…(nama kelayan) lakukan?

KN 3 : bahagian “construction”

(respon kelayan ringkas sahaja) iaitu kelayan memberitahu bahawa pekerjaannya adalah sebagai construction iaitu kerja-kerja di tempat pembinaan.

Contoh 2 :

KL 30 : Apa yang kita nak semua ada ya.

(Kaunselor cuba memparafrasa kenyataan kelayan dalam bahasa yang mudah kelayan faham)

KN 30 : Saya pun tidak tahulah encik macam mana pun…saya rasa….

(respon kelayan agak mengecewakan seakan ada unsur penafian dan penolakan dalam diri kelayan untuk menceritakan perkara yang dialaminya)

2.2 Soalan Terbuka

Soalan terbuka merupakan soalan yang berbentuk meminta dan memberi peluang kelayan menerokai dan membincangkan dengan kaunselor segala yang dialami dan dirasakannya. Soalan terbuka tidak memberi peluang kelayan menjawap sepatah atau dua patah perkataan sahaja. Oleh kerana soalan terbuka ini mencabar dan mendorong kelayan menerangkan lebih lanjut dan lebih banyak lagi, maka kelayan akan terus menceritakan segala perasaan, pemikiran dan tindakannya kepada kaunselor. Kelayan berasa bebas becerita atau menerangkannya. Selain itu, kelayan berpeluang bercakap lebih banyak daripada kaunselor sendiri dan tanpa disedarinya, kelayan menceritakan fikiran, perasaan, tanggapan, malah tindakan yang bakal diambilnya. Semua itu boleh dilihat daripada bermacam-macam tanda melalui tingkah laku tanpa lisan kelayan, yang sekaligus membantu pernyataan dan perasaannya.

Tambahan pula, soalan terbuka juga berguna dalam membantu kelayan membuat tindakbalas dengan lebih tepat sebagaimana yang disoal oleh kaunselornya. Soalan terbuka begini juga dikatakan amat berguna apabila kelayan bercerita dengan bebas tentang hal-hal peribadinya serta dia akan memberikan maklumat-maklumat yang lebih konkrit lagi.

Contoh 1 :

KL11 : Skit-sikit. Okey, taka pa (nama kelayan). Hmm… sekarang ini merupakan perjumpaan kita yang kali pertama kalau dalam kaunseling individu. Walau apa pun, dimana sebelum ini kita sebenarnya sudah berjumpa dalam kaunseling kelompok, ya? Jadi sebelum itu saya nak…suka jugalah kalau saya nak ingatkan (nama kelayan) kalau (nama kelayan) tahu….emm…adakah (nama kelayan) faham sedikit sebayak tentang kaunseling sebelam ini?

(kaunselor ingin mendapatkan pendapat kelayan berhubungan dengan kefahaman kelayan tentang kaunseling, agar kelayan tidak berasa tertekan dalam sesi ini). Soalan terbuka wujud dalam sesi kaunseling ini iaitu perkatan yang ditebalkan.

KN11 : kaunseling?

(kelayan seolah-olah berfikir…)

2.3 Soalan Tertutup

Soalan-soalan tertutup dibuat untuk soalan yang khas atau tertentu sahaja. Ia cukup sekadar dijawab dengan gerak balas yang ringkas, tepat dan padat. Kadang-kadang “ya” dan “tidak” sudah lebih daripada memadai. Memanglah soalan tertutup ini mudah untuk ditanya, kerana kaunselor mahukan respon yang konkrit dan padu.

Contoh 1 :

KL 7: kenyang juga. Minun petang macan mana?

(kaunselor menyoal lagi, merasa oleh kelayan tidak berminat dengan sesi ini)

KN7 : minum petang? Emm….baru ni, bubur kacang.


g.(respon kelayan, ringkas sahaja)

Contoh 3 :

KL8 : Oh! Bubur kacang. Sempat jugalah makan?

(kaunselor masih menunjukkan minat untuk meneruskan sesi dengan bertanya lebih lanjuk kepada kelayan)

KN8 : ya.

(respon pendak daripada kelayan)

Contoh 4 :

KL9 : (nama kelayan) rasa selesa dengan bilik ini?

(kaunselor cuba meminta pandangan daripada kelayan)

KN9 : selesa.

(respon pendek daripada kelayan)

2.4 Refleksi

Pendekatan kaunseling mengikut teori pemusatan perorangan mementingkan perhubungan kefahaman yang rapat antara kaunselor dengan kelayannya. Kemahiran refleksi berkehendakkan seorang kaunselor mengulangi idea serta perasaan kelayan dengan menggunakan perkataan yang bersesuaian serta sepadan dengan maksud menurut pandangan kelayan. Kemahiran refleksi boleh melibatkan refleksi perasaan ataupun refleksi isi kandungan. Namun kedua-dua kemahiran ini memerlukan usaha awal bagi memastikan bahawa perasaan empati oleh kaunselor terhadap kelayannya telah mengambil tempat yang penting. Apabila perasaan empati telah disemat dalam perasaan kaunselor, maka refleksi perasaan yang dilakukan tepat dan sepadan.

Contoh 1 :

KN15 : Takut salah cakap

(respon kelayan seolah-olah negatif, kebarangkalian kelayan tidak banyak bercakap)

KL 16 : Ah…takut salah cakap. Tak apa, nak cakap, cakaplah. Okey, dan mungkin pada perjumpaan kita. Ini, mungkin ada lagi orang lain yang akan turut sama, maksudnya. Pensyarah Lapangan yang akan cuba menilai perjalanan sesi kaunseling yang saya jalankan bersama dengan (nama kelayan). Jadi , kalau sekiranya waktu itu (nama kelayan) merupakan kelayan saya , (nama kelayan) kena lakukan seperti biasa. Ya (nama kelayan). Okey, ada apa-apa yang (nama kelayan) tidak faham tentang peraturan kaunseling individu?

(kaunselor cuba menrefleksi perasaan kelayan berhubung dengan perasaan takut disamping menjelaskan lagi tentang perjalanan sesi kaunseling)

Dalam keadaan tersebut, kaunselor telah dapat merasai perasaan sebenar seperti yang dirasai dan dialami oleh kelayan. Di samping itu, kaunselor juga telah Berjaya memaklumkan kepada kelayannya bahawa apa yang sedang dialami oleh kelayan memang dijiwai oleh kaunselor. Ini penting bagi melahirkan rasa selamat dan ambil peduli daripada persepsi kelayan sendiri terhadap proses interaksi kaunseling tersebut.

Refleksi tidak terhad kepada perasaan sahaja.Refleksi isi kandung memberi petanda kepada klien bahawa keadaan empati yang rapat sedang dilalui dalam perbualan antara dirinya dengan kaunselor.Bagi seorang kaunselor pula, parafrasa sahaja tidak mencukupi bagi memastikan kefahaman yang jitu. Keupayaannya membuat refleksi isi kandungan kesimpulan perbualan yang berlangsung dapat memastikan persepsi yang jitu terhadap luahan kelayan.

Contoh 1:

KL 24 : Ya, kalau dapat (nama kelayan) nak bincangkan kepada saya tentang sejarah hidup yang lampau-lampau kah atau pun sejarah hidup yang (nama kelayan) terlibat dengan dadah.

(kaunselor membuat refleksi berhubung dengan kenyataan kelayan)


KN 24 : Tapi saya pun tidak saya tahu macam mana…….apa? dari mana?. Mula dari mana. Sayatidak tahu mahu cerita dari mana.

(respon kelayan menunjukkan kelayan tidak tahu apa yang harus dilakukannya, atau pun kelayan tidak faham apa yang kaunselor maksudkan)

Refleksi isi kandung berkehendakkan seorang kaunselor itu memahami apakah maksud di sebalik luahan isi kandungan kelayan.Seorang kaunselor wajar dapat mencakupi maksud yang tersembunyi sepadan dengan perasaannya sekali.Kata-kata,nada serta rentak suara yang diluahkan oleh kelayan menjadi panduan kepada kaunselor untuk menentukan ketepatan refleksi isi kandungan yang akan disampaikan kepada kelayan.Usaha ini lebih rumit jika dibandingkan dengan refleksi perasaan.

Apabila refleksi isi kandungan dapat disampaikan secara jitu,sekali gus kaunselor dapat menyelami ke satu tahap lapisan kefahaman mendalami kelayan.Sehubungan ini juga bersamaan dengan kejituan parafrasa ketulenan diri,maka seorang kaunselor itu telah megalirkan haluannya kearah kewujudan empeti terhadap kelayan. Bagaimana pun,kaunselor wajar menggunakan refleksi secara berhati-hati tentang kesesuaian masanya,di samping memastikan kenyataan yang melibatkan perasaan itu tidak terlalu cetek atau mendalam sekiranya disbandingkan dengan pengalaman kelayan sendiri.

2.5 Merumus dan Menggulung

Rumusan dan penggulungan sebenarnya merupakan dua kaedah yang hampir sama walaupun ada perbezaannya. Kaedah merumus dan menggulung ini sama dengan kaedah memparafrasa atau membuat penjelasan. Dalam kaedah merumus dan menggulung, iazimnya seseorang itu akan menceritakan semula apa yang didengarnya mengikut ayat-ayat dan pemahaman serta pengalamannya sendiri.

Kalau parafrasa dibuat dengan rangkai-rangkai kata pendek dan ringkas, tetapi merumus dan menggulung tidak begitu caranya. Ia mungkin menggunakan penceritaan semula yang panjang lebar bagi menentukan apa jua yang ditanggap dan didengarnya itu tidak ketinggalan satu pun. Cuma ia diujarkan mengikut gaya penceritannya sendiri dan tidak sebagaimana orang pertama menceritakannya dahulu. Membuat rumusan dan penggulunggan merupakan satu cara mengenal pasti dan memberikan semula inti pati komunikasi yang dibuat oleh kelayan dalam bentuk maklum balas.

Dengan menggunakan teknik yang sesuai, seseorang kaunselor boleh mendapat maklumat tentang tingkah laku kelayannya. Segala maklumat itu boleh membantu kelayan dalam usaha menyelesaikan masalah mereka sekaligus mencapai matlamat peribadinya. Langkah pertama dalam proses ini ialah mengenal pasti masalah itu terlebih dahulu, kemudian menentukan perkara-perkara yang perlu dibincangkan. Ini adalah asas dalam proses menyelesaikan masalah.

Kaunselor tidak mahu kehilangan semasa menjalankan proses kaunseling. Adalah penting kaunselor sentiasa memantau gerak haluan dan isi kandungan yang sudah diperbualkan semasa proses kaunseling berlangsung. Keadaan ini penting agar kaunselor tidak menyeleweng daripada idea dan perasaan yang dicurahkan oleh kelayan. Sehubungan ini, adalah baik jika pada masa yang tertentu, kaunselor dapat membuat rumusan tentang perbualan yang telah berlangsung. Kaunselor bolehlah berpandukan kepada aspek berikut:

1. Pastikan tema yang kerap timbul dan diluahkan oleh kelayan.

2. Fokus secara prihatin nada emosi kelayan dan juga kaunselor.

3. Ingat kepada sempadan topic yang dibincang dan elak daripada menokok tambah pandangan.

4. Pastikan bahawa perbualan sedang menunjuk kearah objektif yang dipersetujui.

5. Buat rumusan kecil anggaran setiap 10-12 minit dalam aliran berbualan.

6. Rumusan kecil akan memastikan kaunselor tidak memesong kepada topik yang lain.

7. Buat rumusan secara keseluruhan pada akhir tahap proses kaunseling.

Contoh :

KL 41 : Apa yang saya terangkan tadi tentang peraturan kaunseling individu?Yang salah satu daripada yang (nama kelayan) faham. Saya ada maksudkan bahawa sesi kita ini akan memakan masa lebih kurang setengah jam, paling lama 1 jam dan apa-apa yang kita bincangkan adalah? Apa dia? Ya, kalau (nama kelayan) nak berfikir. Tadi (nama kelayan), bahawa apa-apa sahaj yang kita nak bincangkan adalah menjadi rahsia. Jadi, sebab itu (nama kelayan) kena lihat disana “KERAHSIAAN”. Jadi sebab itu, kalau (nam kelayan) nak berkongsi dengan saya, maka antara kita saja yang tahu, permasalahan yang kita nak bincangkan kecuali Tuhan yang mengetahui segala-galanya. Tetapi yang saya cakap bahawa, kalau yang melibatkan apa-apa pun ancaman pada diri sendiri dan juga orang lain, itu akan menjadi rahsia, okey? Jadi, walau apa pun, (nama kelayan) masih lagi belum bersedia, jadi saya rasakan, kita tanatkan juga disini dan kita akan….mungkin saya berjumpa dengan (nama kelayan) pada hari Rabuminggu hadapan. 5 haribulan.

(kaunselor cuba memberi penerangan dengan bahasa yang mudah kelayan fahami, dan kaunselor berasa tidak puas hati terhadap kelayan yang cuba menunjukkan tidak faham, kerana tidak dapat memahani apa yang ingin dimaksudkan oleh kaunselor) dalam hal ini, kaunselor membuat kesimpulan yang ringkas dari permulaan penceritaan sehingga akhir sesi kaunseling ini. Namun reaksi kelayan adalah tidak memuaskan hati kaunselor, kemungkinan kelayan segan menceritakan kehidupannya yang lebih lanjut kerana pertama kali membuat sesi kaunseling.

3.0 Penutup

Pelbagai kaedah yang dapat digunakan dalam membantu kelayan yang mengalami masalah diri yang tidak dapat diselesaikan. Sebagai kaunselor ataupun “helper” , kita mestilah melayan semua kelayan apabila mereka memerlukan khidmat kita. Hal ini kerana, membantu manusia adalah tugas yang paling mulia di sisi-Nya. Selain itu, kaunselor juga mestilah mengikuti peraturan dalam menjalankan sesi kaunseling supaya kaunselor tidak akan memesong dari tujuan utama kaunselor iaitu menyelasaikan masalah kelayan. Di dalam teknik kemahiran mendengar, kaunselor mestilah berada dalam bersedia dan peka. Hal ini demikian kerana, dalam kemahiran ini terdapatr beberapa teknik asas dalam sesi kaunseling, antaranya teknik memparafrasa iaitu teknik untuk mendapatkan maklum balas penjelasan dan kepastian. Manakala, bentuk soalan juga terdapat dalam sesi kaunseling ini iaitu bentuk soalan terbuka dan bentuk soalan tertutup. Selain itu, teknik refleksi juga ada dalam sesi kaunseling ini iaitu mengulangi idea serta perasaan kelayan dengan menggunakan perkataan yang bersesuaian serta sepadan dengan maksud menurut pandangan kelayan. Teknik yang terakhir ialah teknik menggulung dan merumus iaitu merupakan teknik yang akan merumus segala yang dibualkan sepanjang sesi kaunseling itu berlangsung. Kesim pulannya, dalam sesi kaunseling ini terdapat pelbagai kaedah atau cara yang boleh digunakan selagi berpandukan peraturan-peraturan seorang kaunseling atau “helper” agar kelayan yang menjalakan sesi kaunseling bersama kita akan dapat menyelesaikan masalah mereka dengan baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.