Pages



PERCINTAAN DARI SEGI ISLAM

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


Percintaan : ????

Mari kita renungkan suasana persekitaran kita pada hari ini. Pelbagai karenah manusia dapat kita saksikan. Atas kepelbagaian karenah ini maka timbullah juga kepelbagaian yang kurang sihat bahkan banyak yang bertentangan dengan syariat Islam. Bermaharajalelanya pelbagai masalah ini sudah menjadi suatu aktiviti rutin persekitaran kita. Bahkan ada segolongan menganggap perkara ini suatu yang bersifat harus dilakukan atau dengan kata lain seri persekitaran ini akan hilang tanpa adanya perkara sedemikian. Amatlah ditakuti sekiranya pemikiran-pemikiran sebegini terus berleluasa sehingga sauatu masa nanti ada yang bakal mengatakan inya tidak bertentangan dengan Islam. Apa yang paling menyedihkan dan mendukacitakan lagi kebanyakkan pelakon-pelakon ini terdiri dari kalangan yang mengaku diri mereka muslim.
Apa yang cuba diketengahkan dalam tulisan ini ialah sebahagian daripada kerosakkan terdapat dalam alam persekitaran kita khususnya ruang di mana kita berada pada hari ini. Sama ada suka atau tidak, apa yang dapat kita saksikan pada hari ini, remaja sudah tergiur dek keenakkan hidangan dunia sehingga tidak sedar ianya membahayakan. Salah satu permasalahan yang sering kita temui dan sudah menjadi satu trend bagi golongan remaja ialah ? Percintaan?. Telah banyak kisah yang terdengar dibalik kalimah indah ini termasuk keributan, keresahan, kerosakan dan kebejatan masyarakat yang timbul sehingga kadang kala ada yang rela nyawanya melayang atau rela akhidahnya tergadai hanya kerana kalimah nan indah ini. Apa yang jelas dan pasti fenoman percintaan ini banyak kita jumpa dalam masyarakat kita.


Realiti Ummat


Persoalannya adakah Islam mempunyai ruang kebenaran untuk bercinta-cinta mengikut konsep mutakhir yang dipegang oleh masyarakat kita ? Mari kita kembali kepada fakta utama yang menimbulkan permasalahan ini. Dari kajian secara dalam dan menyeluruh (al-fikrul al mustanir) terhadap realiti (waqi?) dapat dibuktikabn bahawa pergaulan bebas adalah benih dari segala permasalahan di atas. Bagaimana pula pergaulan bebas ini boleh berlaku ? Jawapan bagi soalan ini seratus peratus berpunca dari sistem yang kita agungkan pada hari ini iaitu sistem kapitalisme. Sama ada kita sedar atau tidak, kita telah lama meninggalkan nizamul ijtima?I secara Islami yang seharusnya menjadi landasan kita dalam menguruskan kehidupan ini dan bukannya sistem yang tempang! Mengapa pula terjadinya jalinan kasih sayang terhadap insan lawan jentina ? Kecenderungan menyukai insan yang berlawanan jantina dengan kata lain adalah satu fitrah manusia yang mempunyai garizatun nau? (naluri untuk mengadakan keturunan). Islam mengikuti akan hal ini, oleh itu Allah SWT, sang Pencipta yang berkuasa telah menggarisakn bebrapa peraturan untuk memenuhi gharizah ini.

Jalinan hubungan kasih sayang dalam konsep percintaan pada kondisi (keadaan/suasana) hari ini berlaku antara dua manusia lawan jenis disebabkan oleh standard (piawai) yang mereka gunakan untuk mengukur setiap perbuatan yang merrka lakukan, bukan berdasarkan pada aqidah Islam. Oleh sebab itu, bagi mererka pendidikan seks adalah penyelesaian bagi mereka. Maka dari kajian realiti akan faktor yang mendorong kewujudan percintaan mutakhir ini maka muncul pemahaman bahawa ?percintaan haram hukumnya?. Sebagai seorang muslim, kita seharusnya mempunyai suatu ukuran tingka laku (miqyasul a?mal) yang jelas dalam melakukan sesuatu perbuatan yakni berdasarkan hukum syara? (AL Quraan dan Sunnah). Sebagai contoh, Rasulullah SAW telah bersabda:


“Tidak dihalalkan bagi lelaki dan wanita untuk berdua-duaan sebab pihak yang ketiga adalah syaitan, kecuali (disertai) mahram?. [H.r Ahmad, Bukhari, Muslim dari Amir bin Rabiah.]

Sabda Baginda lagi: “Sungguh aku (Rasulullah SAW) benar-benar mengetahui beberapa umatku, datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan sebesar pembuktian (yang nampak putih) lalu Allah menjadikannya berhamburan / berkecai sia-sia.


Tsauban bertanya:Ya Rasulullah jelaskan kepada kami sifat-sifat mereka, kerana kami khuatir termasuk seperti mereka sedangkan kami tiada yang menyedarinya. Jawab Rasululah SAW: Mereka adalah saudaramu yang melakukan ibadah di malam hari, tapi apabila mereka bersunyi-sunyian dengan yang diharamkan oleh Allah SWT, mereka mengganggu kehormatannya? .[Al Hadith]



Dari kedua hadith tersebut maka sudah jelas pergaulan bebas antara lawan jenis walau apapun namanya termasuk adik angkat (mengikut konsep masyarakat hari ini) tetap haram hukumnya. Juga dari hadith- hadith lain kita dapat menyemak bahawa para sahabat pada ketika itu sangat kuat keterikatnnya terhadap huum Islam, contohnya apabila disampaikan hal seperti hadith kedua tadi,




Pergaulan bebas akan membawa kebinasaan



para sahabat akan segera bertanya kerana mereka khuatir akan termasuk atau pernah melakukan perkara yang tidak sesuai dengan Islam tanpa disedari dan apabila telah dijelaskan mereka segera meninggalkan atau melaksanakan apa yang dituntut oleh Islam. Dari sinilah dapat dilihat dengan jelas bahawa kayu ukur bagi tindakkan mereka adalah berdasarkan aqidah Islam yang tulen.
Tapi, masihkah wujud keadaan demikian pada hari ini ? Adakah kita menjadikan aqidah Islam sebagai kayu ukur bagi setiap tindakan kita atau kita akan melakuikannsesuatu itu berdasarkan manfaat yang bakal kita perolehi. Apa yang nyata pada zaman perkembangan teknologi ini, segolongan para remaja muslim yang seharusnya mengikatkan diri mereka dengan aturan Islam tetapi mereka memberikan reaksi yang berbeza apabila diberi tahu bahawa percintaan itu hukumnya haram. Mereka tidak bersetuju dengan apa yang disampaikan kerana mereka akan kehilangan manfaat atau keindahan dan nikmat cinta pada pandangan mereka.
Kenapa ini terjadi? Ini disebabkan oleh keadaan pemikiran mereka terhadap Islam yang salah (kedangkalan terhadap pemikiran Islam) dan menyebabkan remaja muslim terpesong dari jalur Islam sama ada disedari atau tidak kerana mereka sering beranggapan percintaan itu diblehkan dalam Islam bahkan dianjurkan.


Antara FITRAH dan Tuntutan Nafsu


Telah banyak kita dengar atau terbaca akan pengertian percintaan. Maka ada dua kemungkinan pengertian mengenai percintaan/pacaran: -
a. Perasaan seorang lelaki ingin mencintai perempuan atau sebaliknya.
b. Dua insan lawan jenis yang saling mencintai.

Perlu diingat, kita seharusnya dapat membezakan kedua-dua pengertian di atas. Pengertian yang pertama di atas yakni perasaan untuk mencintai insan lawan jenis adalah masalah yang mendasar yang mempunayi kaitan erat dengan fitra /potensi hidup manusia seperti yang telah dijelaskan seawal penulisan ini. Allah SWT telah menganugerahkan manusia naluri untuk meneruskan keturunan (salah satunya menyukai kaum lawan jenis) atau dikenali dengan gharizatunnau?. Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang tiga iaitu gharizah Al baqa? (naluri untuk meneruskan kehidupan/mempertah anakn), gharizah Al Tadayyun (naluri untuk menyembah/beragama) dan gharizah An Nau?.
Jadi adanya perasaan itu semeangnya sudah fitrah manusia yang memerlukan pemuasan dan perkara ini wajar dan tidak haram di sisi Islam. Firman Allah SWT:



“Dijadiakn indah pada (pandangan) manusia berupa kecintaan pada apa yang dingini, yakni wanita..? [TTQ Al Imran : 14]



Persoalan berhubung bagaimana untukmeneruskan perasaan cinta itu adalah hak Islam (Allah SWT) untuk mengaturnya. Sedangkan pengertian yang kedua pula berkaitan dengan pengungkapan dan perasaan cinta itu dengan berdua-duaan, saling berboncengan, saling berpandangan kemudian melangkah setapak lagi dengan berpegang tangan dan yang paling kronis lagi berani berciuman dan sanggup menyerahkan segalanya demi cinta mereka. Inilah yang haram menurut Islam. Islam sebagai satu sistem hidup/Ideologi/ Mabda?/Deen yang lengkap telah mengatur pergaulan antara kaum yang berlainan jantina.
Islam memerintahkan seorang lelaki atau perempuan agar menundukkan pandangan mereka (bukan bererti harus memalingkan muka atau tunduk) tetapi tunduk dalam erti kata menahan pandangan yang disertai syahwat, seperti firman Allah SWT:

“Suruh orang-orang beriman menundukkan pandangan dan memelihara kehormatannya?? [An Nur: 311]

“Dan suruhlah wanita-wanita mukmin menundukkan pandangannya dan memelihara kehormatannya dan janganlah mempamerkan kecantikannya kecuali bahagaian badan yang boleh kelihatan (muka dan telapak tangan) dan supaya menutup dadanya dengan kerudung (khimar)?? [An Nur : 31]

Dua kalimat perintah di atas menjelaskan disamping untuk menghalang pandangan antara lelaki dan perempuan turut diperintahkan untuk menutup aurat baik lelaki atau perempuan. Memang tidak dinafikan sehingga hari ini masih ada golongan yang beranggapan bahawa memakai jilbab (pakaian labuh) dan khimar (tudung) merupakan satu perkara yang tidak moden atau ketinggalan zaman. Padahal perlu ditegaskan bahawa seorang muslimah selamanya akan berdosa jika tidak mengenakan jilbab dan khimar yakni menutup aurat/seluruh anggota tibuh kecuali muka dan tapak tangan. Adalah silap seandainya kita beranggapan berjilbab dan khimar itu sudah memadai tetapi sekiranya berpakaian ketat atau yang menampakkan lekuk tubuhnya sehingga boleh menimbulkan syahwat bagi yang memandangnya masih dikira tidak menutup aurat. Begitu juga seorang lelaki wajib menutup auratnya yang sebatas pusat dan lutut dan tidak boleh dilihat oleh orang lain kecuali muhrimnya. Juga selamanya seorang muslim akan terus berdosa selama mana dia masih berada di bawah naungan percintaan. Jadi d samping kita faham mengapa percintaan itu haram, kita juga harus faham bahawa menutup aurat itu wajib hukumnya.



p/s salju hati: marilah ummh sekalian .... wujudkn kecintaan kita pada Allah , Rasulullah, ibu pada dan makluk alam....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.